Mai Klik Ramai-Ramai :-)

Wednesday 17 October 2012

FAQ TENTANG PURE MARINE COLLAGEN


Apa itu Kolagen

Kolagen – protein dalam badan manusia
dan haiwan. Ia merangkumi 30% daripada jumlah keseluruhan protein badan. Kolagen memberi struktur tisu perantaraan menjadikan kulit sihat, gebu, cantik dan anjal. Selain itu kolagen penting dalam struktur tendon, rawan dan tulang. Dengan kata lain, kolagen adalah asas blok binaan tubuh badan kita.

Kenapa perlu kolagen tambahan

Badan menghasilkan kolagen secara semulajadi. Bila usia kita mencecah 26 tahun ke atas, penghasilan kolagen mula berkurangan sehingga 1.5% setiap tahun. Kolagen juga mudah dimusnahkan oleh keracunan dalam system badan ekoran amalan pemakanan yang tidak baik, stress dan kesan pencemaran kosmetiks, wangian dan pencemaran persekitaran.


Dengan penghasilan kolagen yang berkurangan ditambah lagi dengan kemusnahan kolagen, kita semestinya memerlukan kolagen tambahan untuk menampung keperluan kolagen badan. Bila usia kita mencecah 40 tahun, hampir separuh kolagen hilang dari tubuh kita. Akibatnya kulit kelihatan mula berkedut, hilang kelembapan, nampak kusam, jeragat mula kelihatan, hilang keanjalan dan sebagainya.

Kekurangan kolagen juga ditunjukkan dengan keadaan kehilangan keanjalan pada payudara, bahagian punggung dan bahagian abdomen/perut kelihatan mengendur ke bawah.






Apakah sumber kolagen ini

Kolagen di ambil daripada sumber laut iaitu ikan. Bahagian yang selalu digunakan ialah sisik, kulit dan juga bahagian sirip ikan. Sumber ikan seperti ikan salmon, mackerel, tuna, sardine dan sebagainya.

Kenapa Marine Kolagen

Marine kolagen atau kolagen dari sumber laut mudah mempunyai molekul yang rendah. Oleh itu ia mudah di serap oleh badan. Yang penting sumber marine tentu sekali halal.
Apa itu hydrolyzed Marine Collagen


Kolagen terhidrolisis (hydrolyzed collagen) dihasilkan daripada kolagen marine melalui proses multi-state extraction. Ia ditulin-dipekat-di steril dan dikeringkan menjadi serbuk halus. Kajian makmal membuktikan pemakanan suplemen Hydrolyzed Collagen boleh merangsang badan menghasilkan collagen tersendiri (Cell & Tisu Research 311:393-9, March 03 oleh Oesser et al..) Hydrolyzed Collagen telah mendapat status GRAS (Generally Recognised as Safe) oleh USFDA. ( US Food and Drug Administration (FDA).


Apakah kelebihan Hydrolyzed Marine Collagen (kolagen marine terhidrolisis)
1. Penyerapan tinggi - Kolagen biasa mempunyai saiz molekular antara 10,000 – 30,000 Dalton. Setelah melalui proses hidrolisis, saiznya menjadi lebih kecil iaitu kurang daripada 1000 Dalton. Dengan saiz molecular yang kecil, hydrolyzed Collagen mudah diserap oleh badan.
2. Supplemen kolagen terhidrolisis boleh merangsang badan menghasilkan lebih kolagen tersendiri.
3. Profil asid amino yang tinggi – proses hidrolisis boleh mengasingkan komponen lain daripada kulit ikan dan yang tinggal hanya rangkaian asid amino sahaja.
4. Tiada kolestrol dan lemak
5. Halal daripada sumber ikan


Berapa lama masa ia berkesan
Bergantung kepada individu dan keadaan badan seseorang. Secara purata kesannya boleh dilihat dalam 2-3 minggu pertama iaitu tempoh kitaran pembaharuan kulit.
Bila dan bagaimana mengambil kolagen
Ambil semasa perut kosong atau sebelum makan bersama segelas air. (Sekurang-kurangnya 2-3 jam selepas makan sekiranya ambil selepas makan)..
Untuk kesan yang lebih baik, teruskan pengambilan 2 kali sehari untuk sekurangnya 1- 3 bulan.


Bila masa sesuai mengambil kolagen
Waktu malam sebelum tidur. Ia sesuai dimakan sebagai makanan terakhir sebelum tidur. Dalam masa sejam pertama tidur, badan kita dalam mood tidur alfa (alpha mood sleep). Tempuh masa ini adalah tempuh paling sesuai badan menggunakan kolagen secara optimum. Kelenjar pituitary merembes hormone tumbesaan HGH, dan pada masa ini proses penghasilan sel-sel baru, membaiki dan menggantikan sel-sel mati. Ketika ini hormone tumbesaran bergabung dengan collagen untuk memaksimakan penghasilan asid amino untuk memudakan kulit, menguatkan ligament, tulang dan rawan serta menormalkan system imuniti badan


Apakah perbezaan kolagen 100% pure Collagen dengan serbuk pracampuran kollagen
Serbuk pracampuran kolagen adalah serbuk yang mengandungi lebih 80% samada serbuk soya, serbuk orange, serbuk blackcurrent atau ditambah gula halus atau aspartame (pemanis) apa saja serbuk perisa minuman/makanan dan diperkaya dengan serbuk kolagen. Masalahnya, nama produk tersebut adalah Collagen juga seolah-olah ramuan utama adalah kolagen.


Kesan yang sering dialami semasa pengambilan kolagen
  • 1 – 2 minggu pertama : kulit yang kering menjadi lebih licin, lembab
  • 2 – 3 minggu : garisan kedut halus mula menghilang, liang roma semakin    mengecil, kulit menjadi lebih anjal dan gebu
  • 3 – 4 minggu : bintik-bintik hitam, jeragat mula menghilang, kulit menjadi lebih cantik dan berseri
  • 4 minggu ke atas : pesakit gout, arthritis, sendi dan tulang mula sembuh perlahan-lahan.

No comments:

Post a Comment