Mai Klik Ramai-Ramai :-)

Tuesday 27 November 2012

PILIH KOLAGEN YANG TIDAK BERISIKO



BAGAIMANA UNTUK PASTIKAN KOLAGEN YANG KITA BELI TU BETUL2 SELAMAT?
 
ASLI DAN SELAMAT TANPA BAHAN CAMPURAN?

    Untuk memastikan keasliannya, lihat kandungan kolagen / peptida pada produk tersebut. Tanya kepada penjual berapa peratus kah kandungan kolagen yang terdapat dalam produk tu kerana kita sebagai pengguna pasti mahukan sesuatu yang betul-betul asli.  Produk kolagen asli mengandungi sekurang-kurangnya 96-98% kandungan kolagen selebihnya adalah kandungan air. Antara ciri-ciri kolagen yg asli dan selamat adalah seperti berikut:

1- Tiada rasa

Kolagen asli tidak mengandungi rasa sama ada rasa manis, masam atau masin kerana jaringan peptida tidak mengandungi rasa. Jadi, jika kolagen yang anda beli sudah mempunyai rasa tersendiri mungkin sudah ditambah beberapa % gula atau perasa atau bahan pengawet. Tidak semua bahan perasa atau pengawet tidak selamat untuk badan tetapi tidak mustahil segelintir produk menggunakan bahan yang berisiko menyebabkan kanser. Jika bukan dalam jangka masa terdekat, dalam jangka masa yang panjang siapa tahu?

2- Tiada warna

Bancuh sedikit kolagen anda dengan air kosong. Adakah air kosong anda berubah warna? Jika tidak, kolagen anda tidak mengandungi sebarang pewarna tambahan. Jika ya? Adalah satu tanggungjawap bagi anda untuk memastikan sumber pewarna tambahan tersebut. Anda SELAMAT jika pewarna itu asli dari sumber alam atau dari sumber kolagen itu sendiri dan tanpa campuran kimia (Contoh : merah-strawberry , kuning-oren , hijau-kiwi). Jika tidak? Fikirkan lah keselamatan kesihatan anda, keluarga anda dan sahabat anda.


Jangan jadikan diri anda berisiko tinggi menghidap pelbagai penyakit seperli KANSER, DIABETES, PENYAKIT KARDIOVASKULAR dan BANYAK lagi hanya untuk menjadi cantik. Jadilah pengguna yang bijak untuk kemaslahatan dan kesihatan bersama. Jika anda bertidak sekarang anda masih belum terlambat.

SHARING IS CARING...... :-)

Tuesday 6 November 2012

PENTINGNYA MINUM AIR YG BANYAK SEMASA PENGAMBILAN SUPPLEMENT


Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Paling kurang kita dinasihatkan mengambil 8 gelas air sehari.

Bagi sesiapa yang mengambil supplement, dinasihatkan supaya mengambil lebih air. Tambahan lagi bagi ibu yang masih menyusukan anak, keperluan air sangatlah amat perlu dititikberatkan. Pengambilan 2-3liter air sehari adalah satu keperluan untuk mengekalkan keseimbangan dalam badan (homeostasis) dan melancarkan proses2 metabolisma dalam badan..
 
Kaitan air dan pengambilan supplement semulajadi.
  1. Supplement semulajadi membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air.

Fakta Mengenai Kepentingan Air Dalam Badan
 
  • Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
  • Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.
  • Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia mengurangkan pertambahan kalori.
  • “Sampah” utama dalam tubuh adalah ‘nitrogen urea’ yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan mengalir lancar.
  • Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga bileh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap ‘sodium’ di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak.