Mai Klik Ramai-Ramai :-)

Wednesday 19 September 2012

APA ITU PURE MARINE COLLAGEN?




Kolagen adalah protein yang mengandungi agen anti-penuaan yang juga sebagai menggantikan dan tambahan pada kolagen yang ada dalam badan kita yang mudah termusnah akibat persekitaran dan toksin-toksin dalam badan.

Fungsi sebenar Kolagen adalah sebagai:
  • agen awet muda
  • menganjalkan kulit
  • baik untuk mengurangkan pereputan tulang
  • menggalakkan pertumbuhan rambut
  • mengurangkan berat badan.

100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen ini adalah produk dari France. Kolagen ini merupakan sumber protein dari hidupan laut iaitu ikan laut dalam yang diperolehi secara saintifik dan berteknologi terkini. Ia adalah kolagen 100% ASLI tanpa campuran bahan lain. Yang penting ianya adalah HALAL.


KESAN UTAMA :

Mengekalkan kelembapan dan anti-kedut:

struktur heliks tiga kolagen (mysterious triple helix structure of collagen) boleh membentuk molekul air. Asid amino yang utama dalam kolagen adalah protein semulajadi bagi penyimpanan kelembapan. Kolagen adalah perlu bagi pertumbuhan, pemulihan dan pemakanan kulit. Kolagen tambahan mengekalkan keanjalan kulit, kelancaran dan kecerahan. Hasilnya, kulit akan semakin sihat, dan kedutan berkurangan.

Pemulihan kulit:

pengambilan secara konsisten akan mengurangkan kedutan di muka, rekahan tumit, kedut di antara kening, kedut di antara hidung dan bibir, parut jerawat, dll.

Rambut dan kuku yang sihat:

Kunci kepada kesihatan rambut terletak pada sihatnya tisu subkutaneus (subcutaneous tissue) di kulit kepala pada asas rambut. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan dehidrasi punca rambut merekah dan kuku rapuh.

Dada yang cantik dan semulajadi (Natural, abundant chest):

Kolagen adalah juzuk utama dalam organisasi knot (knot organization). Ia boleh menyokong keluk badan manusia, melaksanakan bentuk badan yang sempurna seperti mengembalikan keanjalan payudara dan pinggul.

Rangka @ Tulang yg sihat:

70% - 80% daripada bahan organik dalam rangka ialah kolagen. Apabila tulang terbentuk, serat kolagen yang mencukupi mewujudkan kerangka tulang. Oleh itu, kolagen dikenali sebagai tiang tulang rangka. Oleh itu, ia dapat mencegah osteoporosis dan mengurangkan kesakitan pesakit yang menghidapi artritis.

Pengurusan Berat:

Jika diambil secara tetap, kolagen boleh memelihara, membina dan mengisi semula jisim otot tanpa lemak dan membantu badan untuk mengurangkan lemak. Kolagen tambahan boleh membantu mengurangkan berat badan dan selulit.

 


No comments:

Post a Comment