Mai Klik Ramai-Ramai :-)

Tuesday 27 November 2012

PILIH KOLAGEN YANG TIDAK BERISIKO



BAGAIMANA UNTUK PASTIKAN KOLAGEN YANG KITA BELI TU BETUL2 SELAMAT?
 
ASLI DAN SELAMAT TANPA BAHAN CAMPURAN?

    Untuk memastikan keasliannya, lihat kandungan kolagen / peptida pada produk tersebut. Tanya kepada penjual berapa peratus kah kandungan kolagen yang terdapat dalam produk tu kerana kita sebagai pengguna pasti mahukan sesuatu yang betul-betul asli.  Produk kolagen asli mengandungi sekurang-kurangnya 96-98% kandungan kolagen selebihnya adalah kandungan air. Antara ciri-ciri kolagen yg asli dan selamat adalah seperti berikut:

1- Tiada rasa

Kolagen asli tidak mengandungi rasa sama ada rasa manis, masam atau masin kerana jaringan peptida tidak mengandungi rasa. Jadi, jika kolagen yang anda beli sudah mempunyai rasa tersendiri mungkin sudah ditambah beberapa % gula atau perasa atau bahan pengawet. Tidak semua bahan perasa atau pengawet tidak selamat untuk badan tetapi tidak mustahil segelintir produk menggunakan bahan yang berisiko menyebabkan kanser. Jika bukan dalam jangka masa terdekat, dalam jangka masa yang panjang siapa tahu?

2- Tiada warna

Bancuh sedikit kolagen anda dengan air kosong. Adakah air kosong anda berubah warna? Jika tidak, kolagen anda tidak mengandungi sebarang pewarna tambahan. Jika ya? Adalah satu tanggungjawap bagi anda untuk memastikan sumber pewarna tambahan tersebut. Anda SELAMAT jika pewarna itu asli dari sumber alam atau dari sumber kolagen itu sendiri dan tanpa campuran kimia (Contoh : merah-strawberry , kuning-oren , hijau-kiwi). Jika tidak? Fikirkan lah keselamatan kesihatan anda, keluarga anda dan sahabat anda.


Jangan jadikan diri anda berisiko tinggi menghidap pelbagai penyakit seperli KANSER, DIABETES, PENYAKIT KARDIOVASKULAR dan BANYAK lagi hanya untuk menjadi cantik. Jadilah pengguna yang bijak untuk kemaslahatan dan kesihatan bersama. Jika anda bertidak sekarang anda masih belum terlambat.

SHARING IS CARING...... :-)

No comments:

Post a Comment